Saturday, December 17, 2011

KAHWIN

Berkahwin. Ramai orang yang akan dan sudahpun berkahwin. Matlamat mereka semua sama yaitu ingin mempunyai zuriat, keluarga dan keturunan sendiri. Tetapi, dalam bab-bab berkahwin, ada juga yang mempunyai masalah samada masalah Suami dan Isteri yang sering bergaduh dan ada juga yang kekal sampai ke akhir hayat.

Berkahwin, apa yang paling penting untuk berkahwin? Yang mana lebih baik, berkahwin sebab pasangan berkerjaya atau berkahwin sebab cinta? ataupun berkahwin sebab kedua-duanya sekali? Ada yang kahwin sebab cinta, tetapi pasangan tidak berkerjaya, maka dari segi ekonomi bermasalah pula. Ada yang berkahwin sebab pasangan berkerjaya, tetapi kesefahaman tiada. Ada yang berkahwin dengan pasangan berkerjaya dan saling mencintai serta bahagia tetapi dari segi lain, tidak mempunyai zuriat.

Dunia perkahwinan mempunyai ragam dan pelbagai situasi. Ada juga yang berkahwin, mempunyai kerjaya, saling mencintai, mempunyai zuriat/anak, tetapi salah seorang pasangan pula meninggal dunia ataupun umur tidak panjang ataupun anak yang dilahirkan mempunyai masalah disiplin, nakal dan tidak menghormati orang tua. Apakah di dalam dunia ni ada family yang betul-betul lengkap? Contohnya, berkahwin dan;

1. Suami Isteri sentiasa kasih dan sayang (kedua-duanya tak pernah curang)
2. Ekonomi teratur, duit tak pernah tak ada.
3. Anak-anak yang dilahirkan sangan baik dan mendengar cakap orang tua.
4. Suami dan isteri hidup sehingga keakhir hayat.
5. BAHAGIA

Hurmm... ada ke pasangan macam ni? Tak kurang dari segi apa pun. Semua ada. Mungkin, setiap yang jadi ada sebabnya. Mungkin, pasangan yang berkahwin tu pernah melakukan kesilapan, suka menghina orang, suka mengutuk, menipu, maksiat? Mungkinkah semua yang terjadi ni disebabkan diri sendiri juga? Mungkin juga semua ni balasan dari apa yang pernah kita lakukan dahulu dan bila berkahwin, semua kena balik pada batang hidung sendiri. Tak kena pada kita, mungkin kena pada anak-anak kita.

Kawan-kawan, sebelum berkahwin, ingatlah, sujudlah pada Tuhan, minta mohon ampun dan maaf. Kita tidak tahu atau mungkin terlupa salah silap kita pada orang dahulu kala. Dunia ada hukumannya sendiri. Dunia tu bulat, berjalan kemana pun akan balik ke tempat asal. Jangan ingat salah kita pada orang akan hilang walaupun dah berpuluh tahun sebab pada masa yang sesuai samada kita bersedia tau tidak, benda-benda yang pernah kita buat akan datang balik pada kita. hm.... Selamat Pengantin Baru kepada mereka-mereka yang akan berkahwin. Assalamualikum dan salam sejahtera dunia.

Takut...takut... "Ya Allah swt, Kau ampunkanlah dosa-dosaku yang terdahulu yang pernah aku lakukan samada mengutuk, menghina orang, memukul orang, menganiaya orang, kerana aku takut semua ni akan kena padaku." amin....



No comments:

Post a Comment